Wednesday, August 8, 2012

Hudud Lagi!!! asyik hudud hudud hudud!! Kalau betul nak buat hudud, buatla perjanjian dengan DAP!!

Kalau PAS betul2 ikhlas dan berani untuk melaksanakan hukum Islam, sila buat perjanjian dengan PKR & DAP dgn segera sebelum PRU13. Buat perjanjian bahawa DAP & PKR akan membenarkan PAS melaksanakan hukum Islam jika Pakatan Rakyat menang PRU13 nanti..ada berani???

7 comments:

  1. bro, kenapa yer bila kat page ADC, aku takleh nak komen? nick kene banned ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau guna phone ke? maybe kau punya setting problem kot..

      Delete
  2. Salam

    Saudara Anti Rebel,

    Sebelum saudara menuduh PAS menggunakan agama, terlebih dahulu tidakkah saudara terfikir bahawa ahli2 yang mentadbir PAS bukanlah dari mereka yang cetek ilmu agamanya? Setiap keputusan yg dibuat adalah berdasarkan penilaian dari segala aspek Islam.Jangan buatkan saya pula menyangka saudara yang cetek pengetahuan disini.

    PAS pernah bergabung dgn UMNO satu ketika dahulu. Selama bertahun2 didalam gabungan (atas niat perpaduan) telah byk kemungkaran yang dibuat didalam UMNO yang terpaksa didiamkan atas dasar 'perpaduan umat islam'.
    Situasi ini berlanjutan sehinggalah hak2 Ulamak & ahli2 agama diterhadkan dan mereka terpaksa membiarkan kejahatan & kemungkaran dilakukan begitu sahaja.

    Saya tertarik dgn ayat Al-Quran & Hadis yang telah dipost kan sendiri oleh saudara disini :

    Firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 59:

    "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amin" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu".

    "Sesiapa yang taat kepada Ku, beerti ia taat kepada Allah, sesiapa yang derhaka kepadaKu bermakna dia derhaka kepada Allah; sesiapa yang taat kepada pemerintah bermakna ia taat kepadaKu, dan sesiapa yang derhaka kepada pemerintah bermakna ia derhaka kepadaKu." (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasa'i dan Ibnu Majah).

    Wajib ke atas setiap Muslim patuh dan taat kepada pemerintah samada ia suka atau tidak, selama mana ia tidak diperintah melakukan maksiat; sekiranya ia diperintah melakukan maksiat, maka janganlah patuh dan taat."

    Ayat Al-Quran diatas sudah terang2 mengatakan kita hanya akan taat Pemerintah yang menjalankan Amar Maaruf Nahi Mungkar. Betul tak?

    Jadi, apabila terlalu byk kemungkaran dilakukan oleh ahli2 UMNO itu sendiri, perlukah kita taat?

    Semakin hari semakin banyak kuasa dimiliki dan semakin banyak kejahatan & kemungkaran semakin berleluasa. Adakah PAS perlu berkompromi lagi? Adakah PAS perlu sabar & berdoa menadah tangan tanpa usaha sahaja? Adakah PAS perlu berkolaborasi dgn UMNO lagi?

    Jadi, tepuk dada tanya selera!

    PAS bukanlah terdiri dari ahli yg cetek ilmu agama & bodoh. Walaupun bekerjasama dgn parti yg bukan Islam, tetapi hak2 & undang Islam tidak akan dihalang oleh bangsa lain. ADA PERJANJIAN.
    Apa bezanya bila PAS bergabung dgn parti UMNO dari agama yg sama tetapi tidak boleh menjalankan syariat & terpaksa membenarkan kejahatan semakin berleluasa?

    Jangan risau tentang hak2 kaum Melayu di Malaysia kerana walaupun PAS bekerjasama dengan parti dari bangsa lain, bangsa Melayu/Islam masih lagi majoriti di Malaysia.Isu ini tak perlu dipropagandakan & dijadikan alat utk menakutkan org melayu di Malaysia.

    Apa yang PAS mahukan hanyalah utk menjalankan syariat sahaja di mana selama ini telah dihalang, diterhadkan, ditindas, dianiayai oleh parti/bangsa sendiri dari agama yg sama ....

    wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa PAS dalam UMNO kenapa PAS tak bersungguh2 memperjuangkan Islam dan jika betul UMNO xperjuangkan Islam kenapa PAS perlu lari setelah gagal mendidik pemimpin UMNO? Nak perjuangkan Islam tapi bila ada sedikit masalah terus lari..sepatutnya bila gagal, cuba lagi, bukan terus lari meninggalkan masalah.

      Delete
    2. PAS bukanlah terdiri dari ahli yg cetek ilmu agama & bodoh. Walaupun bekerjasama dgn parti yg bukan Islam, tetapi hak2 & undang Islam tidak akan dihalang oleh bangsa lain. ADA PERJANJIAN???? Mana dia perjanjian yang saudara katakan tu??? boleh tunjuk saya nak tengok jugak

      Delete
    3. PAS keluar UMNO tu zaman bila brotha??? skrg zaman bila? pemimpin2 UMNO pun dah bertukar..x semua pemimpin UMNO sama perangai..setiap org ada cara tersendiri.

      Delete
  3. saya tidak melihat satu usaha pas membuat perjanjian utk jalankan hudud di Malaysia.. Mereka masih lg takut utk menyuarakan kerana itu adalah perjanjian awal dalam pakatan supaya tiada isu agama dibangkit

    ReplyDelete