Friday, February 4, 2011

Sejarah penubuhan dan asal-usul DAP (Parti Serpihan Komunis Malaya)

DAP adalah anak atau serpihan kepada PAP di Singapura, selatan Persekutuan Tanah Melayu . Lee Kuan Yew yang tidak setuju dengan cubaan Perikatan-UMNO bertanding dalam pilihan raya di Singapura , telah membuka cawangan PAP di Semenanjung Malaysia. Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti PAP telah dibatalkan pada 9 September 1965, tahun yang sama.

Devan Nair selaku ahli parlimen Bangsar yang ditingalkkan oleh PAP  cuba menghidupkan PAP yang baru dengan nama Parti Tindakan Rakyat Malaysia. Tetapi pendaftar pertubuhan menolak penubuhan PAP kerana nama yang sama itu akan mengelirukan orang ramai. Oleh itu Devan Nair menggunakan nama baru iaitu 'Parti Tindakan Demokratik' atau DAP. Pada 3 Mac 1966 Surat dari Pendafar Pertubuhan menolak penubuhan DAP kerana perlembagaan parti itu tidak selaras dengan peraturan undang-undang Perdaftaran Persatuan.

Pada 19 Mac 1966 pendaftaran DAP diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan. Devan Nair berulang kali menegaskan bahawa DAP tidak akan mengamalkan dasar perkauman dan berusaha mencantumkan kembali Singapura ke dalam Malaysia.

Sebelum pendaftaran DAP diluluskan, pilihan raya kecil Rahang, Negeri Sembilan telah diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Negeri Rahang dari parti Perikatan telah meninggal dunia. Dr Chen Man Hin  selaku Ahli Jawatankuasa Penaja DAP telah bertanding atas tiket bebas dan menang dalam pilihan raya yang diadakan pada November 1965 itu.                                                                             
rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Tindakan_Demokratik

2 comments:

  1. salam perjuangan bro.. blog tuan telah saya pautkan di blog saya http://heroesmalaya.blogspot.com . mohon pautan blog sy di blog tuan.
    p/s: jgn lupa follow skali ya

    ReplyDelete