Friday, February 4, 2011

Isu Liwat Anwar : Kenapakah Anwar Suka Tangguh Perbicaraan Kes Dan Tidak Berani Bersumpah Laknat?


Kenapa Anwar takut nak bersumpah di depan Al-Quran? Wajarkah orang yang tak bersalah merasa takut dan gentar untuk membuat pengakuan tidak bersalah di depan Al-Quran (kalamullah)?? Kenapa Anwar takut sgt nak bersumpah laknat depan Al-Quran kalau dia dah tahu yang dia x melakukan perbuatan meliwat tersebut?? kalaulah beliau tak melakukan perbuatan meliwat, takkanlah Allah S.W.T nak melaknat beliau yang tak bersalah? Sesungguhnya Allah itu Maha Adil lagi Maha Mengetahui dan takkan sesekali menganiaya umat Islam yang tak bersalah. 

kenapa nak lewat2 kes liwat?? hanya org yg xde fakta/bukti untuk menafikan sabitan kes je yg akan cuba melewat2kan perbicaraan kes..katalah kita dituduh liwat, padahal kita x liwat pun..perlu ke kita lambat2kan kes yang dah malukan dan jatuhkan maruah kita???

Dan kenapa Anwar berikan alasan bahawa bersumpah di depan Al-Quran itu adalah amalan org2 munafik? Kenapa Anwar takut jadi munafik pulak? Yang nak bersumpah itu beliau sendiri, bukannya orang lain. Takkan Anwar ada niat nak menipu semasa bersumpah laknat? Kalau beliau tak menipu, tak timbul pun isu sumpah munafik..jadi, apa rasionalnya beliau merasa takut sangat nak bersumpah laknat?

Kalau benar Anwar difitnah, kenapa Anwar tak berani langsung nak saman semua rakan2 karib beliau yang mendedahkan bahawa beliau memang melakukan perbuatan meliwat? Kenapa Anwar hanya berani saman akhbar The Star atas kesalahan memfitnah beliau? Kenapa rakan2 karib sendiri Anwar tak berani saman?? Bila Anwar diam, kita akan mengganggap bahawa segala tuduhan itu adalah benar. Diam tandanya setuju. DS Najib pun dah bersumpah tak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya..Anwar bila pulak??

Kenapa perlu melambat2kan/menangguhkan perbicaraan kes kalau Anwar tak bersalah? Bukankah orang yang tak bersalah akan sentiasa bersedia untuk buktikan tak bersalah dengan mengemukakan segala bukti, fakta, alibi, etc?? Hanya orang yang benar2 bersalah sahaja yang akan gentar sebabnya terpaksa mencari helah untuk menipu/melawan fakta2 dari pihak yang mendakwa..sekian.. 

No comments:

Post a Comment