Friday, February 4, 2011

Kenapakah kita orang2 UMNO anti PAS??


1) Pada tahun 1963, Dewan Ulamak PAS Kelantan telah mengeluarkan kenyataan bahawa HARAM bekerjasama dengan mana2 parti KAFIR dan skrg PAS dah bekerjasama dengan DAP (sememangnya parti kafir pun). Ini membuktikan PAS sanggup mengetepikan perjuangan agama Islam demi politik semata2.

2) Dalam Amanat Hadi Awang pada 1982, beliau menyeru ahli2 PAS memerangi UMNO dengan alasan UMNO sudah jadi KAFIR setelah bekerjasama dgn MCA & MIC. Dan jika terkorban ketika berperang dgn orang2 UMNO, maka gugur syahidlah ahli PAS. Tapi skrg ni kita semua sedar bahawa PAS sudahpun bekerjasama dgn DAP. Persoalannya, adakah PAS dah jatuh menjadi KAFIR??

3) Apabila Karpal Singh menegaskan (untuk kali kedua) bahawa DAP tidak akan menyokong pembentukkan negara Islam, Nik Aziz terus mengenepikan hasrat untuk menegakkan agama Islam. Ini membuktikan PAS hanya mementingkan kuasa politik semata2. 

4) PAS sepatutnya membela nasib orang2 Islam di negeri2 yang telah diterajui oleh Pakatan Rakyat spt di Pulau Pinang. Malangnya PAS hanya berdiam diri sahaja ketika org2 Islam di Pulau Pinang ditindas oleh DAP. Kemanakah perginya dasar perjuangan Islam PAS? Bukankah PAS merupakan salah satu parti komponen dalam Pakatan Rakyat?  

5) PAS berjanji akan menghapuskan kilang arak di Selangor 'jika PAS dapat menguasai Selangor' dalam kempen PRU12 yang lalu. Ketika itu PAS tak nyatakan pun yang PAS 'hanya akan hapuskan kilang arak di Selangor jika PAS juga dapat menakluki Kerajaan Malaysia'. Ini bermaksud jika PAS berjaya takluki Selangor, maka PAS wajib menghapuskan kilang arak (tanpa memberi alasan yang PAS belum takluki Kerajaan Malaysia sepenuhnya). Ini menunjukkan bahawa PAS sebuah parti munafik. Bila berjanji tapi tak kotakan janji sebaliknya hanya pandai menyalahkan orang lain jika gagal dalam sesuatu perkara. 

6) Semasa dalam sidang DUN Perak, Nizar Jamaluddin berkata; "dimanakah..dalam mana2 transkrip PAS yang menyatakan bahawa PAS nak melaksanakan negara Islam? saya mintak pandangan dan mintak jawapan dimanakah dalam transkrip PAS dalam memorandum ke dalam perlembagaan PAS sendiri ada menyatakan PAs nak melaksanakan negara Islam??" (sambil ditepuk sorak seolah2 agama Islam telah diperlekehkan oleh ADUN DAP). Ini adalah bukti nyata bahawa PAS tidak ingin menegakkan agama Islam sebaliknya hanya ingin mendapatkan kuasa politik semata2. Saksikan video berikut sebagai bukti : http://www.youtube.com/watch?v=rt7HAMhS8M0

1 comment: