Monday, August 6, 2012

KEWAJIPAN UMAT ISLAM UNTUK PATUH KEPADA PEMERINTAH.


Menurut Abu Yaala; "Apabila pemerintah telah melaksanakan tanggung jawabnya terhadap umat, maka wajiblah ke atas umat terhadap pemerintah dua perkara; taat dan menolong pemerintah dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

Dalil-dalil dari Al-Quran dan Hadis yang menunjukkan wajib taat kepada pemerintah adalah seperti berikut:

Firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 59:

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amin" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu".

"Sesiapa yang taat kepada Ku, beerti ia taat kepada Allah, sesiapa yang derhaka kepadaKu bermakna dia derhaka kepada Allah; sesiapa yang taat kepada pemerintah bermakna ia taat kepadaKu, dan sesiapa yang derhaka kepada pemerintah bermakna ia derhaka kepadaKu." (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasa'i dan Ibnu Majah).

Wajib ke atas setiap Muslim patuh dan taat kepada pemerintah samada ia suka atau tidak, selama mana ia tidak diperintah melakukan maksiat; sekiranya ia diperintah melakukan maksiat, maka janganlah patuh dan taat."

"Kamu akan diperintah olek pemerintah-pemerintah selepas aku; yang baik akan memerintah kamu dengan kebaiknannya dan yang tidak baik akan memerintah kamu dengan keburukannya, maka hendaklah kamu dengar dan taat kepada mereka pada setiap perintah yang sesuai dengan kebenaran; sekiranya mereka melakukan kebaikan, maka kebaikan itu bagi kamu dan bagi mereka; tetapi sekiranya mereka melakukan kejahatan, maka kamu akan beroleh kebaikan, tetapi mereka akan menerima akibat kejahatan yang mereka lakukan." (Hadis ini disebut oleh AI-Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkam al-Sultaniah dari riwayat Abu Hurairah).

"Sesiapa yang menarik kesetiaannya kepada pemerintah, ia menemui Allah tanpa sebarang hujah, sesiapa yang mati tanpa kesetiaan kepada pemerintah, mati ia seperti dalam jahiliah (maksiat)". (Riwayat Muslim)

"Taatilah kepada pemerintah kamu bagaimanapun keadaannya sekiranya mereka memerintahkan kamu dengan perintah yang sesuai dengan ajaranKu, maka mereka akan diberi pahala dan kamu juga akan diberi pahala kerana mentaati mereka; sekiranya mereka memerintah kamu dengan perintah yang tidak sesuai dengan ajaranKu, maka dosanya ditanggung oleh mereka dan kamu terselamat dari dosa." (Riwayat Al-Tabari)

"Sekiranya kamu berada di bawah pemerintah-pemerintah yang menyuruhkan kamu mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan berjihad, maka haramlah ke atas kamu mencaci mereka dan halallah bagi kami mengikut mereka". (Riwayat Al-Tabrani)

Inilah nas-nas Al-Quran dan Hadis yang mewajibkan umat yang mentaati pemerintah Islam (Waliyullah Amri). Abu Hurairah mentafsirkan perkataan ulil amri dalam ayat 59 Surah An-Nisa' di atas sebagai 'golongan pemerintah' (Tafsir Al-Tabari).

Prinsip ketaatan kepada pemerintahan ini sangat penting dalam Islam, kerana kehidupan umat serta peraturan-peraturan yang dibawa oleh Islam "tidak akan dapat ditegakkan tanpa wujudnya pemerintah yang ditaati" (Imam al-Ghazali, al-Iqtisad dan Fi al-I'tiqad). Kerana itu mentaati ketua negara adalah "sebahagian dari asas-asas utama bagi syariat Islam yang suci dan benar ini" (al-Absyihi al-Mustatraf).

Bertolak dari prinsip ini jugalah, maka perbuatan mencabar pemerintah yang sah sehingga membawa kepada perpecahan masyarakat yang boleh memecahkan perpaduan dan melemahkan umat, adalah merupakan kesalahan yang dipandang berat oleh agama, seperti yang tersebut dalam sebuah hadis:

"Sesiapa yang datang kepada kamu pada hal kamu semua bersatu di bawah seorang pemerintah, ia ingin penderhakaan dan memecah perpaduan kamu, maka hendaklah ia dibunuh." (Riwayat Abu Muslim, Abu Daud, dan An-Nasa'I)




2 comments:

  1. Salam

    Saudara Anti Rebel,

    Sebelum saudara menuduh PAS menggunakan agama, terlebih dahulu tidakkah saudara terfikir bahawa ahli2 yang mentadbir PAS bukanlah dari mereka yang cetek ilmu agamanya.Setiap keputusan yg dibuat adalah berdasarkan penilaian dari segala aspek Islam.Jangan buatkan saya pula menyangka saudara yang cetek pengetahuan disini.

    PAS pernah bergabung dgn UMNO satu ketika dahulu. Selama bertahun2 didalam gabungan (atas niat perpaduan) telah byk kemungkaran yang dibuat didalam UMNO yang terpaksa didiamkan atas dasar 'perpaduan umat islam'.
    Situasi ini berlanjutan sehinggalah hak2 Ulamak & ahli2 agama diterhadkan dan mereka terpaksa membiarkan kejahatan & kemungkaran dilakukan begitu sahaja.

    Saya tertarik dgn ayat Al-Quran & Hadis yang telah dipost kan sendiri oleh saudara disini :

    Firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 59:

    "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amin" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu".

    "Sesiapa yang taat kepada Ku, beerti ia taat kepada Allah, sesiapa yang derhaka kepadaKu bermakna dia derhaka kepada Allah; sesiapa yang taat kepada pemerintah bermakna ia taat kepadaKu, dan sesiapa yang derhaka kepada pemerintah bermakna ia derhaka kepadaKu." (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasa'i dan Ibnu Majah).

    Wajib ke atas setiap Muslim patuh dan taat kepada pemerintah samada ia suka atau tidak, selama mana ia tidak diperintah melakukan maksiat; sekiranya ia diperintah melakukan maksiat, maka janganlah patuh dan taat."

    Ayat Al-Quran diatas sudah terang2 mengatakan kita hanya akan taat Pemerintah yang menjalankan Amar Maaruf Nahi Mungkar. Betul tak?

    Jadi, apabila terlalu byk kemungkaran dilakukan oleh ahli2 UMNO itu sendiri, perlukah kita taat?

    Semakin hari semakin banyak kuasa dimiliki dan semakin banyak kejahatan & kemungkaran semakin berleluasa. Adakah PAS perlu berkompromi lagi? Adakah PAS perlu sabar & berdoa menadah tangan tanpa usaha sahaja? Adakah PAS perlu berkolaborasi dgn UMNO lagi?

    Jadi, tepuk dada tanya selera!

    PAS bukanlah terdiri dari ahli yg cetek ilmu agama & bodoh. Walaupun bekerjasama dgn parti yg bukan Islam, tetapi hak2 & undang Islam tidak akan dihalang oleh bangsa lain. ADA PERJANJIAN.
    Apa bezanya bila PAS bergabung dgn parti UMNO dari agama yg sama tetapi tidak boleh menjalankan syariat & terpaksa membenarkan kejahatan semakin berleluasa?

    Jangan risau tentang hak2 kaum Melayu di Malaysia kerana walaupun PAS bekerjasama dengan parti dari bangsa lain, bangsa Melayu/Islam masih lagi majoriti di Malaysia.Isu ini tak perlu dipropagandakan & dijadikan alat utk menakutkan org melayu di Malaysia.

    Apa yang PAS mahukan hanyalah utk menjalankan syariat sahaja di mana selama ini telah dihalang, diterhadkan, ditindas, dianiayai oleh parti/bangsa sendiri dari agama yg sama ....

    wassalam

    ReplyDelete
  2. Rasanya artikel ini berunsur pengetahuan. Kenapa komen berunsur politik pulak? Adoi

    ReplyDelete