Thursday, October 4, 2012

Puak PAS kata Islam itu politik??

Islam bukanlah politik tapi Islam adalah agama yg diturunkan oleh Allah kepada umatNya. Politik cuma sebahagian daripada apa yang ada dalam agama Islam yakni berkaitan dgn hal/urusan pemerintahan negara.

Rasulullah SAW sendiri menggunakan kata politik (siyasah) dalam sabdanya :“

Adalah Bani Israil, mereka diurusi (siyasah) urusannya oleh para nabi (tasusuhumul anbiya). Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain datang menggantinya. Tidak ada nabi setelahku, namun akan ada banyak para khalifah. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jelaslah bahawa politik atau siyasah itu bermakna adalah mengurusi urusan masyarakat. Rasulullah SAW. bersabda :“

Siapa saja yang bangun di pagi hari dan dia hanya memperhatikan urusan dunianya, maka orang tersebut tidak berguna apa-apa di sisi Allah; dan barang siapa yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka dia tidak termasuk golongan mereka (iaitu kaum Muslim). (Hadis Riwayat Thabrani)    ”

Tapi apa yg terjadi skrg, PAS mempergunakan agama untuk menghalalkan yg haram, kalau dulu haram bergabung dgn kafir dan skrg halal pula bergabung dgn kafir DAP..dalam Islam mana boleh sekejap haram sekejap halal?

Sertai PAS bukanlah bermaksud memeluk Islam sebaliknya cuma menyertai parti politik sahaja. Dalam Islam ada politik, dalam politik ada pelbagai parti..yang ni kena fahambetul2..

Sebab itu di Malaysia penganut agama Islam ada beberapa puak :-
i) penganut agama Islam dari org UMNO
ii) penganut agama Islam dari PAS
iii) penganut agama Islam dari PKR
iv) penganut agama Islam dari lain2 parti.

Kesimpulan; PAS x boleh ckp mereka saja yang Islam, parti lain tidak Islam. Rakyat negara lain pun penganut agama Islam tapi mereka tak sertai PAS pun sebabnya di negara mereka tiada parti PAS..jadi x gugur syahadah pun kalau x undi PAS! PAS hanya parti!