Sunday, July 29, 2012

PAS Lupa Janji : Janji Lama Belum Tunaikan, Ada Hati Nak Buat Janji Baru Pulak?


Lepas satu, satu janji tak ditunaikan PAS..anda semua boleh lihat sendiri senarai projek2 yang dilancarkan oleh Nik Aziz di Kelantan tapi sampai skrg senyap mcm tu je..dahtu ada hati nak buat highway derma plak..projek2 yg lepas pun x nampak2 lagi, dah nak wat projek baru? PAS ni kaki kelentong je keje nya - shasha

Telah dua bulan berlalu sejak majlis pecah tanah pelancaran Lebuhraya Rakyat dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Mei 2012 lepas.

Projek Lebuhraya Rakyat idea Exco kerajaan negeri, Husam Musa itu sekiranya menjadi realiti, barangkali bakal melonjakkan aktiviti ekonomi di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Ramai yang mengharapkannya menjadi kenyataan walau sebenarnya lebih ramai yang tersenyum sinis tiap kali melihat Husam Musa dan Nik Aziz bersemangat membicarakan perihal lebuhraya tersebut.

Sehingga kini sebahagian besar rakyat Kelantan kerap tertanya-tanya sesama sendiri, benarkah lebuhraya tersebut akan dapat direalisasikan atau sekadar mengulangi sejarah batu asas Jambatan Palekbang?

Tambahan pula semasa projek Lebuhraya Rakyat yang dikatakan bernilai RM 1.8 bilion ini dilancarkan pada 28 Mei 2012, ianya belumpun mendapat kelulusan Mesyuarat Exco Negeri.

Hampir setahun kisah projek tersebut diwar-warkan kepada umum dan selepas dilancarkan serta majlis pecah tanah telah diadakan, barulah Husam Musa mahu dibawa ke mesyuarat Exco untuk meminta kelulusan. Bukankah pelik prosedurnya itu.

Saling tak ubah seperti seorang pemuda bernafsu kuda ‘mentekedarah’ dulu anak dara orang sampai lunyai selepas itu barulah berfikir-fikir untuk membawa rombongan keluarga untuk menemui keluarga wanita malang itu. Tak begitu?

Jika diimbas 22 tahun pemerintahan PAS di Kelantan, yang banyak kelihatan ialah lebih banyak janji kosong yang dihamburkan oleh pemimpin negeri berbanding jasa bakti yang memberi manfaat kepada rakyat.

Banyak projek segera menjelang pilihanraya yang dilancarkan oleh kerajaan negeri pimpinan Nik Aziz hanya gah sewaktu pelancaran kemudian senyap begitu sahaja selepas habis musim pilihanraya.

Sekadar beberapa contoh, Pelabuhan Darat Kuala Krai, Jambatan Palekbang, Projek Tanaman Depu, Pelabuhan Pantai Sri Tujuh dan berpuluh-puluh lagi hingga kini sama ada hanya tinggal batu asas atau hanya tinggal nama sahaja.

Saban tahun rakyat ternanti-nanti sambil membilang jari entah bila tahunnya projek-projek tersebut akan siap untuk dinikmati.

Tak mustahil, Lebuhraya Rakyat ini sama saja seperti yang lain. Penantian demi penantian. Saban hari kian ramai yang senyum sinis sementara menunggu hari pembuangan undi untuk melunaskan 22 tahun amarah dalam hati.

PAS Yang Sibuk Canang Cerita Hudud Dahtu Kenapa Suruh BN Laksana Hudud?? Orang Lain Yang Berjanji, Org lain yang nak kena tunaikan Janji. Apa kes??

Ramai orang terutama pembangkang keliru antara 2 perkara berbeza seperti berikut dan selalu sangat memutarbelit fakta kononnya UMNO dpt kuasa penuh tapi xnak buat hudud. Tapi inilah kenyataan yang sebenar:-

i) BN yang mendapat mandat penuh dari rakyat kerana ahli parlimen BN (UMNO + MCA + MIC & lain2 parti komponen dari S'wak & Sabah) melebihi 2/3 ahli parlimen.

ii) UMNO secara bersendirian tidak akan dapat undi 2/3 di parlimen sebabnya UMNO sekadar dapat 77 kerusi parlimen sahaja (tidak mencapai 2/3 pun).

Jadi, jika UMNO nak melaksanakan hukum hudud secara bersendirian sememangnya tak mampu sebab x dpt 2/3 sokongan ahli parlimen lagipun MCA & MIC sudah pasti tidak akan bersetuju..inilah realiti sebenar yang pihak pembangkang xnak cakap pada rakyat..

Wajibkah kita orang Islam menyokong PAS?

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"Setiap hamba pada Hari Kiamat tidak akan mengorak langkah menuju ke mana-mana selagi dia belum selesai disoal-siasat tentang empat perkara :

Pertama : Tentang umurnya di manakah dihabiskan sewaktu di dunia dahulu?

Kedua : Masa remajanya, bagaimana dia menghadapi ujian di waktu itu?

Ketiga : Tentang harta, dari mana dia perolehi dan bagaimana dia membelanjakannya?

Keempat : Tentang ilmunya, apakah dia telah beramal dengan ilmu itu?"
(Hadis Riwayat Muaz bin Jabal r.a.)

 Anti Rebel : xde pun ditanya samada sokong PAS ke tidak..

Berikut adalah soalan2 di alam kubur nanti, xde pun ditanya "parti mana yang kamu sokong"..

“Siapakah Tuhanmu?”,
“Apakah agamamu?”,
“Siapakah ikutanmu?”,
“Apakah kitab peganganmu?”
“Di manakah kiblatmu?”

Anti Rebel : Jadi kenapa perlu sokong PAS??

Hudud PAS hanya untuk muslim?

Anti Rebel nak bagi satu contoh mudah di sini : Dalam satu kelas yang sama ada 3 pelajar yg didapati terbukti bersalah kerana mencuri duit seorang pelajar. Pesalah pertama beragama Islam, pesalah kedua beragama Budha & pesalah ketiga beragama Kristian. Kemudian cikgu memutuskan untuk merotan pelajar yg beragama islam dgn 10x sebatan, pelajar kedua dirotan 2x sebatan dan pelajar ketiga tidak dirotan langsung sebab bapanya seorang Dato' yg kaya. Adakah ini tindakan yang adil sedangkan kesalahan mereka sama dalam kelas dan situasi yang sama??

Bila Nak PRU PAS Pun Kecoh Pasal Hudud!

Bila ditanya bagaimana kaedah perlaksanaan hudud yang PAS akan gunakan, mereka dengan mudah menjawab "alaaa..senang je, biar mahkamah yang buat keje". Senangnya kan? Sedapnya berkata2..apa yg kita sedia maklum, pembangkang ni kalau mahkamah sebelahi mereka maka mereka akan kata mahkamah adil tapi jika sebaliknya mereka akan kata mahkamah x adil, mahkamah dibeli bla bla bla..so kalau nanti bila mana hukum hudud dilaksanakan, dan mahkamah tidak memihak kepada mereka, adakah mereka akan kata hudud tak adil pulak?? Sebagai contoh, kita ambil kes Nizar vs Dr Zambry Kadir dulu, mula2 mahkamah putuskan Nizar menang, masa tu meloncatlah puak PAS dan memuji2 mahkamah, mahkamah Malaysia adil bagai..tapi bila keputusan disemak semula dan Nizar kalah kes, lantas mereka kata mahkamah Malaysia berat sebelah, mahkamah Malaysia dibeli UMNO bagai..mcm tu ke nak laksana hukum hudud???