Saturday, February 5, 2011

PAS kata UMNO roboh 'Masjid Kg Bujal'..Masjid atau Rumah?? Jika benar pun masjid, kat Tganu dah byk masjid yg Kerajaan dah bina, tapi kenapa masih perlukan masjid yg berupa rumah buruk/surau? Adakah ini yg selalu dikatakan puak PAS suka solat dua imam??? Cuba perhatikan foto 'masjid kg bujal' di bawah, jurutera struktur manakah yang design seteruk ini???



Semasa pemerintahan PAS di Terengganu selama satu penggal. Fungsi JSR adalah melebihi kuasa Pegawai Daerah. Pegawai Daerah umpama lembu dicucuk hidung, terpaksa menurut perintah JSR... kalau tidak kena ambil tindakan oleh BOSS mereka Hadi Awang.

Maka mereka berebut rebutlah membahagi tanah berkelompok diantara meraka. Mereka tidak mengikut peraturan Pejabat Tanah Daerah dalam kaedah mengagih tanah... mereka guna peraturan sendiri

Mereka yang tersenarai dalam pembahagian tanah.. terpaksa membayar kepada JSR beribu ribu ringgit untuk mendapatkan tanah. Duit diberi, tapi tiada resit dikeluarkan ( Tradisi PAS memang takde resit rasmi... habuan duit umpama harta jihad yang perlu dihalalkan dan tidak perlu dipertikaikan)

Maka tamatlah pemerintahan PAS apabila Hadi Awang tersungkur jatuh dari kerusi MB. Kuasa Allah memilih sesiapa yang dikehendaki menjadi pemimpin, nampaknya Hadi Awang tak mendapat berkat ilahi.. hanya sempat merasa kerusi MB selamat 4 tahun. Tapi masih tak sedar diri merasa diri sebagai ulama muktabar.

Apabila kerajaan BN kembali berkuasa... beribu ribu kawasan tanah berkelompok yang diduduki secara haram perlu dibersihkan. Mana mana bangunan yang didirikan tanpa restu Pejabat tanah perlu dirobohkan... maka keluarlah notis meroboh oleh Pejabat Tanah. Apabila empunya (lembu lembu PAS) rumah yang didirikan secara haram tidak mengendahkan notis maka terpaksalah kerajaan sendiri menjalankan tugas merobohkan rumah rumah tersebut.

Maka tersebutlah alkesah di Kampong Bujal.... PAS tergesa gesa mendirikan sebuah premis di tapak tanah berkelompok ciptaan PAS. Maka di istiharkan bangunan tersebut sebagai masjid tanpa kelulusan Jabatan Agama Islam ataupun Mufti Negeri. Tujuannya apabila premis itu dirobohkan oleh kerajaan maka mereka bolehlah membuat cerita.. kononnya Kerajaan merobohkan masijid... itulah strategi PAS...

Maka berlakulah apa yang dirancang oleh PAS tadi... kerajaan benar benar merobohkan premis tersebut. Peluang PAS terbuka luas... maka di canangkan ke seluruh saentero benua.. kerajaan BN ZALIMMMMM... roboh masjid. Rakyat jelata yang kurang cerdik mempercayai loyar buruk PAS ini, tapi rakyat cerdik dah lali dengan tipu muslihat PAS ini.

Maka berbagai cerita tokok tambah bagi menyedapkan cerita mereka yang Kerajaan BN bertindak zalim meroboh masjid.. disebarkan keseluruh Negeri. Itulah kerja PAS... mereka tiada isu besar.. lalu mencipta ISU untuk meraih simpati... Kesian Hadi Awang dan konco konconya...

Pas dicabar jelaskan pengurniaan tanah rizab

Oleh MARZUKI YUSOFF (www.utusan.com.my)

KUALA TERENGGANU 30 Mei - Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu hari ini mencabar Pas untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai tindakannya mengurniakan banyak lot tanah rizab kerajaan kepada golongan kaya semasa parti itu memerintah negeri ini.

Ketua Pemudanya, Mohd. Sabri Alwi berkata, para pemimpin Pas semasa menerajui kerajaan negeri dulu perlu menjelaskannya kerana rakyat berhak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Menurut beliau, berdasarkan kepada senarai penerima lesen menduduki sementara (LMS) bagi tanah-tanah rizab kerajaan semasa Pas memerintah negeri ini, banyak daripadanya adalah golongan berpendapatan tinggi sehingga hampir RM15,000 sebulan.

``Kita juga mahu Pas menjelaskan ke mana perginya wang yang dibayar oleh sesetengah penduduk kepada Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) bagi proses mendapatkan tanah-tanah tersebut.

``Pemuda UMNO sudah menerima beberapa nama penduduk terbabit yang telah membuat pembayaran tetapi tidak mendapat tanah-tanah kerajaan itu,'' katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat UMNO negeri di sini, petang ini.

Menurut Mohd. Sabri, pihaknya sebelum ini mengelak campur tangan dalam isu tersebut kerana menganggapnya sebagai `isu pentadbiran' yang perlu diselesaikan oleh pihak berkuasa tempatan.

``Tetapi Pas nampaknya telah menggunakan tindakan pihak berkuasa mengambil semula tanah-tanah rizab daripada sesetengah penerima LMS yang telah tamat tempoh untuk menghasut dan meracuni rakyat.

``Langkah Pas itu adalah bagi mengelabui mata rakyat dan cuba menutup tindakan mereka yang bertentangan dengan undang-undang sebelum ini,'' tegasnya.

Mengenai isu `masjid' di Kampung Bujal, Beris Meraga, Kemaman, yang dirobohkan oleh pihak berkuasa baru-baru ini sehingga mencetuskan kemarahan penyokong Pas, beliau berkata, premis itu bukannya masjid tetapi premis yang akan dijadikan markas parti pembangkang itu.

``Pemuda UMNO difahamkan premis itu didirikan secara tergesa-gesa selepas beberapa notis pengosongan dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

``Lebih pelik lagi ialah apa yang didakwa kononnya sebagai masjid itu dibina di kawasan Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) yang tidak mempunyai penduduk dan penduduk sekitar boleh menggunakan masjid sedia ada yang dibina oleh kerajaan,'' katanya.

Beliau menegaskan bahawa adalah sesuatu yang mustahil tuduhan Pas mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri bertindak zalim merobohkan masjid sedangkan banyak masjid baru dibina.

Menurut Mohd. Sabri, pihaknya percaya propaganda Pas berhubung isu tanah itu adalah bagi menyelamatkan karier politik pemimpin mereka yang kini menerima tekanan daripada penyokong dan ahli parti itu yang telah membuat bayaran kepada JSR bagi urusan mendapatkan tanah-tanah itu dulu.

``Pemuda UMNO mahu penyokong Pas yang menghadapi masalah supaya tampil bagi membolehkan pihak berkuasa melakukan siasatan berhubung cara pengagihan dan pembayaran dibuat bagi mendapatkan tanah-tanah tersebut,'' ujarnya.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Penerangan UMNO Terengganu, Ahmad Shabery Cheek dalam satu kenyataan hari ini kesal kerana Pas melakukan pembohongan apabila menuduh berlaku kezaliman dalam isu merobohkan masjid di Kampung Bujal itu.

``Apa yang dirobohkan itu hanya sebuah premis yang didirikan secara tergesa-gesa tanpa kebenaran pihak berkuasa dan dipanggil masjid oleh pembangkang bagi melindungi mereka yang telah melanggar undang-undang.

``Kalau di kawasan RTB Kampung Bujal memerlukan masjid, kenapa tidak dibina ketika Pas memerintah dan mewartakannya tetapi mereka berbuat demikian selepas kalah,'' tegasnya.

Selain itu, menurut Ahmad Shabery, para pemimpin Pas perlu bertanya kepada diri sendiri kenapa dalam tempoh parti itu memerintah Terengganu dulu, tiada masjid yang dibina di daerah Kemaman sedangkan terdapat keperluan ketika itu.

``Kami sedang memantau perkara ini dan akan mengambil langkah-langkah perlu yang sesuai termasuk membuat laporan polis,'' katanya.

sumber : Mykmu
link : http://mykmu.net/~mykmu/modules.php?name=News&file=article&sid=4744

Friday, February 4, 2011

Sejarah penubuhan dan asal-usul DAP (Parti Serpihan Komunis Malaya)

DAP adalah anak atau serpihan kepada PAP di Singapura, selatan Persekutuan Tanah Melayu . Lee Kuan Yew yang tidak setuju dengan cubaan Perikatan-UMNO bertanding dalam pilihan raya di Singapura , telah membuka cawangan PAP di Semenanjung Malaysia. Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti PAP telah dibatalkan pada 9 September 1965, tahun yang sama.

Devan Nair selaku ahli parlimen Bangsar yang ditingalkkan oleh PAP  cuba menghidupkan PAP yang baru dengan nama Parti Tindakan Rakyat Malaysia. Tetapi pendaftar pertubuhan menolak penubuhan PAP kerana nama yang sama itu akan mengelirukan orang ramai. Oleh itu Devan Nair menggunakan nama baru iaitu 'Parti Tindakan Demokratik' atau DAP. Pada 3 Mac 1966 Surat dari Pendafar Pertubuhan menolak penubuhan DAP kerana perlembagaan parti itu tidak selaras dengan peraturan undang-undang Perdaftaran Persatuan.

Pada 19 Mac 1966 pendaftaran DAP diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan. Devan Nair berulang kali menegaskan bahawa DAP tidak akan mengamalkan dasar perkauman dan berusaha mencantumkan kembali Singapura ke dalam Malaysia.

Sebelum pendaftaran DAP diluluskan, pilihan raya kecil Rahang, Negeri Sembilan telah diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Negeri Rahang dari parti Perikatan telah meninggal dunia. Dr Chen Man Hin  selaku Ahli Jawatankuasa Penaja DAP telah bertanding atas tiket bebas dan menang dalam pilihan raya yang diadakan pada November 1965 itu.                                                                             
rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Tindakan_Demokratik

Kenapakah kita orang2 UMNO anti PAS??


1) Pada tahun 1963, Dewan Ulamak PAS Kelantan telah mengeluarkan kenyataan bahawa HARAM bekerjasama dengan mana2 parti KAFIR dan skrg PAS dah bekerjasama dengan DAP (sememangnya parti kafir pun). Ini membuktikan PAS sanggup mengetepikan perjuangan agama Islam demi politik semata2.

2) Dalam Amanat Hadi Awang pada 1982, beliau menyeru ahli2 PAS memerangi UMNO dengan alasan UMNO sudah jadi KAFIR setelah bekerjasama dgn MCA & MIC. Dan jika terkorban ketika berperang dgn orang2 UMNO, maka gugur syahidlah ahli PAS. Tapi skrg ni kita semua sedar bahawa PAS sudahpun bekerjasama dgn DAP. Persoalannya, adakah PAS dah jatuh menjadi KAFIR??

3) Apabila Karpal Singh menegaskan (untuk kali kedua) bahawa DAP tidak akan menyokong pembentukkan negara Islam, Nik Aziz terus mengenepikan hasrat untuk menegakkan agama Islam. Ini membuktikan PAS hanya mementingkan kuasa politik semata2. 

4) PAS sepatutnya membela nasib orang2 Islam di negeri2 yang telah diterajui oleh Pakatan Rakyat spt di Pulau Pinang. Malangnya PAS hanya berdiam diri sahaja ketika org2 Islam di Pulau Pinang ditindas oleh DAP. Kemanakah perginya dasar perjuangan Islam PAS? Bukankah PAS merupakan salah satu parti komponen dalam Pakatan Rakyat?  

5) PAS berjanji akan menghapuskan kilang arak di Selangor 'jika PAS dapat menguasai Selangor' dalam kempen PRU12 yang lalu. Ketika itu PAS tak nyatakan pun yang PAS 'hanya akan hapuskan kilang arak di Selangor jika PAS juga dapat menakluki Kerajaan Malaysia'. Ini bermaksud jika PAS berjaya takluki Selangor, maka PAS wajib menghapuskan kilang arak (tanpa memberi alasan yang PAS belum takluki Kerajaan Malaysia sepenuhnya). Ini menunjukkan bahawa PAS sebuah parti munafik. Bila berjanji tapi tak kotakan janji sebaliknya hanya pandai menyalahkan orang lain jika gagal dalam sesuatu perkara. 

6) Semasa dalam sidang DUN Perak, Nizar Jamaluddin berkata; "dimanakah..dalam mana2 transkrip PAS yang menyatakan bahawa PAS nak melaksanakan negara Islam? saya mintak pandangan dan mintak jawapan dimanakah dalam transkrip PAS dalam memorandum ke dalam perlembagaan PAS sendiri ada menyatakan PAs nak melaksanakan negara Islam??" (sambil ditepuk sorak seolah2 agama Islam telah diperlekehkan oleh ADUN DAP). Ini adalah bukti nyata bahawa PAS tidak ingin menegakkan agama Islam sebaliknya hanya ingin mendapatkan kuasa politik semata2. Saksikan video berikut sebagai bukti : http://www.youtube.com/watch?v=rt7HAMhS8M0

Isu Liwat Anwar : Kenapakah Anwar Suka Tangguh Perbicaraan Kes Dan Tidak Berani Bersumpah Laknat?


Kenapa Anwar takut nak bersumpah di depan Al-Quran? Wajarkah orang yang tak bersalah merasa takut dan gentar untuk membuat pengakuan tidak bersalah di depan Al-Quran (kalamullah)?? Kenapa Anwar takut sgt nak bersumpah laknat depan Al-Quran kalau dia dah tahu yang dia x melakukan perbuatan meliwat tersebut?? kalaulah beliau tak melakukan perbuatan meliwat, takkanlah Allah S.W.T nak melaknat beliau yang tak bersalah? Sesungguhnya Allah itu Maha Adil lagi Maha Mengetahui dan takkan sesekali menganiaya umat Islam yang tak bersalah. 

kenapa nak lewat2 kes liwat?? hanya org yg xde fakta/bukti untuk menafikan sabitan kes je yg akan cuba melewat2kan perbicaraan kes..katalah kita dituduh liwat, padahal kita x liwat pun..perlu ke kita lambat2kan kes yang dah malukan dan jatuhkan maruah kita???

Dan kenapa Anwar berikan alasan bahawa bersumpah di depan Al-Quran itu adalah amalan org2 munafik? Kenapa Anwar takut jadi munafik pulak? Yang nak bersumpah itu beliau sendiri, bukannya orang lain. Takkan Anwar ada niat nak menipu semasa bersumpah laknat? Kalau beliau tak menipu, tak timbul pun isu sumpah munafik..jadi, apa rasionalnya beliau merasa takut sangat nak bersumpah laknat?

Kalau benar Anwar difitnah, kenapa Anwar tak berani langsung nak saman semua rakan2 karib beliau yang mendedahkan bahawa beliau memang melakukan perbuatan meliwat? Kenapa Anwar hanya berani saman akhbar The Star atas kesalahan memfitnah beliau? Kenapa rakan2 karib sendiri Anwar tak berani saman?? Bila Anwar diam, kita akan mengganggap bahawa segala tuduhan itu adalah benar. Diam tandanya setuju. DS Najib pun dah bersumpah tak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya..Anwar bila pulak??

Kenapa perlu melambat2kan/menangguhkan perbicaraan kes kalau Anwar tak bersalah? Bukankah orang yang tak bersalah akan sentiasa bersedia untuk buktikan tak bersalah dengan mengemukakan segala bukti, fakta, alibi, etc?? Hanya orang yang benar2 bersalah sahaja yang akan gentar sebabnya terpaksa mencari helah untuk menipu/melawan fakta2 dari pihak yang mendakwa..sekian.. 

Mengapa hukum hudud masih gagal dilaksanakan di Malaysia? Adakah salah Kerajaan Pusat?


Betulkah UMNO TOLAK HUKUM HUDUD seperti didakwa oleh pembangkang? Sebenarnya UMNO akan bersetuju melaksanakan hukum hudud jika ianya dilaksanakan secara menyeluruh iaitu termasuk golongan bukan Islam pun tak terkecuali..tapi PAS tak bersetuju..PAS hanya akan laksanakan hukum hudud untuk umat Islam sahaja..mcm mana nak laksanakan hudud sedangkan negara kita sekarang menggunakan undang2 sivil (common law)? jika hudud dilaksanakan, kedua2 jenis undang2 ini x sama antara satu sama lain..maksudnya jenis hukuman pun x sama walaupun kesalahan yang dilakukan adalah sama..

Memanglah di zaman Rasulullah s.a.w dulu menggunakan hukum hudud mengikut Al-Quran manakala kaum yahudi pula menggunakan undang2/hukuman mengikut kitab Taurat..pun begitu, kedua2 hukuman ni (antara Al-Quran & kitab Taurat) menggunakan kaedah serta hukuman yang sama..contohnya dalam kes zina antara lelaki dan wanita yg dah berkahwin, mengikut kitab Taurat mereka akan direjam di mana ianya adalah bersamaan dengan hukuman dalam hukum hudud..jadi, walaupun kaum Yahudi menggunakan hukuman mengikut kitab Taurat, tapi hukumannya sama seperti hukuman dalam hukum hudud..

Jika hukum hudud digunapakai di Malaysia, maksudnya kita akan ada dua jenis hukuman yang berbeza..org Islam yang melakukan zina (bagi yang dah berkahwin) akan dihukum rejam, manakala orang bukan Islam yang berzina plak mungkin akan didenda ataupun x kena apa2 denda pun..masalah ni akan menjadi lebih rumit bila pasangan zina itu adalah penganut agama Islam dan pasangannya pulak bukan beragama Islam..pasangan yg bukan Islam itu mungkin x dikenakan hukuman berat pun, dan pasangannya pula yg beragama Islam akan direjam sampai mati (jika pesalah sudahpun berkahwin)..kat sini kita akan dapat lihat masalahnya bila tiada asas hukuman yang sama.

Oleh itu, hanya ada satu cara utk laksanakan hukum hudud secara menyeluruh, kita kena meminda undang2 sivil terlebih dahulu..yakni kita perlu selaraskan dahulu hukuman sivil selari dengan hukuman hudud..baharulah nanti wujud persamaan dari segi hukuman..masalahnya, mahukah golongan bukan Islam di kabinet seperti MCA, MIC, Gerakan dan DAP menerima cadangan pindaan ini?? Adakah hak meminda undang2 di Malaysia terletak di tangan menteri2 UMNO secara total?? Tentulah tidak kan?? Dan jangan ingat semua penyokong2/pemimpin PKR akan bersetuju untuk melaksanakan hukum hudud sebabnya PKR mengamalkan dasar liberal yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk memilih agama.

Kita harus ingat, segala pindaan undang2 atau perlembagaan negara perlu mendapat sokongan majoriti di parlimen termasuk sokongan dari MCA, Gerakan, DAP, MIC, etc...jika sokongan majoriti diperolehi, baharulah kita boleh meminda undang2..UMNO tidak boleh sesuka hati meminda undang2 tanpa sokongan majoriti di kabinet.

Kalau negara kita ini semuanya terdiri dari orang Islam, memanglah tidak menjadi suatu masalah langsung jika undang2 hudud dilaksanakan..masalahnya negara kita terdiri dari pelbagai kaum, etnik dan agama..memang benar, zaman nabi pun ada kaum kafir, tapi golongan kafir zaman nabi iaitu kaum yahudi pun guna undang2 mengikut kitab Taurat..jenis hukuman kedua2nya antara hudud dan hukuman mengikut Taurat adalah sama..kalau kesalahan yang dilakukan adalah sama; jika dalam kitab Taurat menjatuhkan hukuman bunuh, hudud pun sama juga..sebab tu lah tiada masalah ketika di zaman rasulullah s.a.w.

ada yang bertanya pulak kenapa hukum hudud nak dikenakan ke atas golongan bukan Islam sedangkan ibadah solat tidak diwajibkan ke atas mereka..nampaknya pembangkang tak belajar ttg rukun Islam iaitu :-

Para ulama menetapkan setiap umat Islam mesti mematuhi 5 perkara asas dalam Islam yang dikenali sebagai Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara iaitu:-

1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Menunaikan solat fardu lima waktu
3. Berpuasa pada bulan Ramadan
4. Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta
5. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu

Jadi, solat hanya wajib utk orang Islam sahaja, bukan Islam tak diwajibkan pun..hukum hudud adalah undang2 untuk mencegah manusia dari melakukan maksiat dan segala kejahatan..

Perlu juga dikaji tentang kaedah membuktikan seseorang itu bersalah atau pun tidak bersalah. Kita tak nak nanti ada yang tak bersalah tapi dijatuhkan hukuman bersalah. Ini adalah kerana fitnah amat senang untuk dilakukan ketika ini memandang keca...nggihan teknologi yang dapat menewaskan kemampuan fikiran kita untuk menilai yang mana satukah fakta/bukti yang benar dan yg mana satu bukti/fakta yang direka2 sahaja..Inilah yang kita selalu ckp kaedah perlaksanaan hukum hudud..Rakyat nak tahu mcm mana kaedah melaksanakannya, kaedah pembuktian dan juga kaedah hukuman..sampai skrg PAS sendiri pun x berani nak jelaskan kepada rakyat tentang kaedah perlaksanaan hukum hudud..

Cuba bayangkan dah berapa lama PAS telah mencanang cerita kununnya UMNO menolak hudud sedangkan PAS sendiri pun xtau kaedah nak laksanakan hudud..baru skrg je Hadi Awang mengaku kalau nak laksanakan hudud perlukan masa, kena kaji, ekonomi rakyat perlu stabil dulu..jadi, dulu2 PAS x tahu apa satu laa..main canang2 nak laksana hudud dalam pilihanraya je lah..kesian, rakyat ditipu lagi oleh pemimpin2 PAS yang hanya gilakan kuasa..

Persoalan :

1. kenapa Khalifah Umar Al-Khatab tidak memberikan zakat kepada muallaf qulubhum pada zamannya walaupun jelas ada nas dlm ayat Al-Quran mengenai hak mualaf tersebut?

2. Kenapa Khalifah Umar Al-Khatab tidak melaksanakan hukuman hudud pada masa Madinah dalam kesusahan/kemiskinan?? bukan sahaja UMNO, malah Khalifah Umar Al Khatab sendiri tidak melaksanakan hukum hudud ketika Madinah dilanda kemiskinan..jadi, adakah Khalifah Umar boleh dikatakan menolak hukum Allah?? Tahukah anda apakah hubungan Khalifah Umar dengan Rasulullah s.a.w?? admin tak perlu sebutkan di sini lagi, sebabnya semua org tahu kan..jika Khalifa Umar sendiri tidak laksanakan hudud ketika itu, kenapa UMNO yang tidak laksanakan hudud dikatakan menjadi kafir??? Siapa PAS nak jatuhkan hukum??

3. Dalam pembahagian harta rampasan perang, jelas dlm Al Quran menyatakan ia perlu dibahagikan kepada 5 bahagian, tapi kenapa beliau hanya berikan 1/5 kpd baitulmal sahaja, dan selebihnya diberikan kpd sebahagian tentera sahaja??

4. Persoalan terakhir, adakah Khalifah Umar membelakangkan Al-quran dan Sunnah? Puak PAS silalah jawab!!

Kita sedia maklum bahawa UMNO hanya ada 77 kerusi parlimen daripada 222 kerusi parlimen yang ada di Malaysia. Bagaimana UMNO nak mendapatkan sokongan 2/3 di parlimen? Secara kasar, 2/3 daripada 222 kerusi adalah bersamaan dgn 148 kerusi sedangkan UMNO ketika ini hanya ada 77 kerusi sahaja? Kalau dicampurkan dengan jumlah kerusi parlimen UMNO, PAS & PKR (77+23+25) baru berjumlah 125 kerusi parlimen sahaja..maksudnya masih memerlukan 23 kerusi untuk menyokong perlaksanaan hukum hudud..jadi, adakah kegagalan mendapat baki 23 kerusi  ini adalah salah UMNO?? renung2kan, jangan main ckp ikut sedap mulut je..

Akhir sekali, jika negara kita melaksanakan hukum hudud hanya melibatkan orang2 Islam, manakala org2 bukan Islam pula menggunakan hukuman mengikut undang2 sivil, adakah jenayah tidak akan berlaku langsung di kalangan golongan bukan Islam?? Adakah negara kita tidak akan ada lagi jenayah seperti berzina, berkhalwat, merompak, menyamun, merogol dan sebagainya di kalangan orang2 bukan Islam? Ini adalah kerana golongan bukan Islam tidak dikenakan hukuman berat sama seperti hukuman hudud. Seterusnya sudah pastilah mereka tiada rasa takut langsung untuk melakukan lagi aktiviti jenayah ataupun maksiat. Sudah pasti golongan  bukan Islam akan mentertawakan orang2 Islam kerana mereka (orang2 bukan Islam) buat salahpun xkan kena hukuman berat sedangkan kalau orang2 Islam buat salah akan dikenakan hukuman berat. Pada masa ini akan wujud gejala ejek-mengejek, rasa tidak puas hati di kalangan umat Islam dan tidak mustahil akan wujud suasana ketegangan kaum dan agama.

Kesimpulannya; jenayah tetap akan berlaku walaupun hukum hudud telah dilaksanakan. Ini adalah kerana hukum hudud hanya dilaksanakan untuk umat Islam sahaja. Alasannya, hanya org2 Islam sahaja yang takut untuk melakukan maksiat ataupun jenayah, sedangkan golongan bukan Islam masih bebas melakukannya sebab tidak akan dikenakan hukuman berat pun..sedarkah anda bahawa di Malaysia ni wujud gangster2 yang terdiri dari golongan bukan Islam??? Oleh yg demikian, hudud tidak akan dapat membendung golongan bukan Islam dari melakukan maksiat serta aktiviti jenayah..


Rahsia Anwar Ada di Tangan Singapura!!!!


Cuba bagi tahu apa yang DSAI boleh buat dalam situasi ini jika telur sudah dalam tangan DAP?. Diramas pecah dan ditarik pun pecah. Jika digenggam menjadi masak. Itulah masalahnya jika rahsia besar didalam tangan orang.

Bekas ketua Angkatan Muda PKR (AMK), Hamidzun Khairuddin meminta DAP memberi penjelasan bahawa Menteri Mentor Singapura LKY telah mendapat maklumat kes liwat terperinci dari peguam DSAI, KapalSing kerana segala maklumat itu berada dalam tangannya(DAP).

Dengan maklumat sulit itu, akan menjadi senjata jika DSAI menjadi PM. Beliau adalah flatform bagi DAP mendapatkan undi Bumiputera-Melayu dalam PRU nanti.

Hamizun selaku Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) menuntut supaya DAP memberikan penjelasan kepada rakyat. ( MM –online Dec 19, 2010). 

CATATAN PINGGIR

Pendedahan Hamidzun –GAPS ini tidak terlintas dikepala kita selama ini. Ia sangat logic dan boleh dipercayai memandangkan KapalSing (KS) adalah peguam DSAI. KS adalah orang yang paling tahu segala apa yang berlaku dalam terang dan gelap. Setiap inci dicatat dan difailkan sebagai hujah pembelaan.

Sebenarnya DSAI, sedikit tidak sedar bahawa 'perangkap' KS menyinggah. Maklumat itu bertukar tangan kepada Wikileaks pastilah melalui LKY. Bagitulah nasib, orang yang membuat salah, langkahnya semua salah.

DSAI juga lupa sepanjang masa dalam kerajaan BN, jawatan terakhir adalah menteri kewangan dan TPM. Berapa banyak tekanan yang dihadapi DAP oleh DSAI selaku TPM ?. Adakah KapalSing, Lim Kit Siang dan lain-lain melupai air tangan DSAI terhadap mereka?. Tidak. 

Adakah DAP, Lim Kit Siang dan KapalSing lupa mereka masuk ISA dalam operasi lalang?. Jawabnya tidak. Bila DSAI ditimpa musibah adakah mereka ingin berbuat secara ikhlas kepada DSAI, Sedangkan luka didalam belum sembuh?. Pasti hati mereka sangat berdarah didalam tahanan ISA. DS Annwar salah seorang penggerak terpenting BN pada kedudukannya sebagai TPM waktu itu.

Tiba-tiba bila berlaku hal, KS dijadikan tempat mengadu dan membela DSAI. Bagi KapalSing itu adalah satu permulaan yang baik dan strategik. Sebagai seorang peguam, klien tidak boleh bersembunyi. Setiap patah perkataan ada makna yang tersendiri. Godfather DAP adalah LKY di Singapura. Nah sekarang ambil sebiji. 

Dengan pendedahan ini DAP sukar untuk mereka menafikannya kepada public . Setelah pendedahan ini dibuat oleh Hamidzun barulah kita sedar 'pokok' asalnya sumber mana maklumat Wikileaks.

Apa akan jadi jika benar-benar Pakatan Pembangkang menang?. DAP pasti berjaya meletakan LKS sebagai tempat nombor dua iaitu TPM. Apakah DSAI berani tidak melayan jika LKS menuntut Jawatan penting kabinet, seperti Menteri dalam Negeri, Kewangan, Penerangan dan sebagainya ?. Apa jadi jika DSAI tidak layan?. Bahaya..sangat bahaya. 

Cuba bagi tahu apa yang DSAI boleh buat dalam situasi ini jika telur sudah dalam tangan DAP?. Diramas pecah dan ditarik pun pecah. Jika digenggam menjadi masak. Itulah masalahnya jika rahsia besar didalam tangan orang.

Dimana Pas dalam keadaan ini?. Pas fikirlah sendiri. Apakah perlu perbincangan? . Jawabnya tidak perlu. Rahsia itu sebagai batu pancang antara DSAI dan LKS. Apakah Pas sedar ini semua?.

Catatan ADC :

Bekas ketua Angkatan Muda PKR (AMK), Hamidzun Khairuddin meminta DAP memberi penjelasan bahawa Menteri Mentor Singapura LKY telah mendapat maklumat kes liwat terperinci dari peguam DSAI, KapalSing kerana segala maklumat itu berada dalam tangannya(DAP). Sememangnya Karpal Singh lah yg paling berhak menyimpan 'video' liwat Anwar sebabnya Karpal adalah peguambela Anwar..dan DAP pulak adalah parti serpihan PPP Singapura..

jadi di sini kita dah nampak pertalian antara Singapore dan DAP, bila rahsia Anwar berada dalam tangan Singapore, jika ANwar diangkat menjadi PM maka Singapore plak akan mendesak utk menyerahkan kuasa pemerintahan Kerajaan Malaysia..

dan dgn sebab ini jugaklah video Anwar meliwat tidak didedahkan DAP, ini adalah sebagai satu modal/senjata utk mendedak Anwar bila Anwar dah dapat kuasa nanti..ANwar jugak dijadikan alat untuk mendapatkan sokongan/undi melayu utk membolehkan PR memerintah..once PR memerintah, DAP akan membuka topeng yg mereka pakai skrg..masa tu, melayu nak buat apa lagi???

kita org2 melayu mmg akan bertindak jika negara kita dijajah, tapi spt yg kita sedia maklum, Singapore adalah anak emas Amerika selaku POLIS DUNIA..jadi segala apa yg akan dilakukan Singapore akan diHALALkan Amerika..sama spt apa yg berlaku di Palestine..keganasan Israel diHALALkan Amerika syarikat..malahan bantuan senjata juga diberikan Amerika kepada Israel..Malaysia ada apa??


Puak PAS kata Nik Aziz itu ulamak..betul ke? Siapakah yang mengiktiraf Nik Aziz sebagai ulamak??


Nik Aziz merupakan seorang pemimpin sebuah parti politik di Malaysia sahaja. Parti tersebut adalah PAS. Oleh itu boleh dikatakan semua ahli PAS menganggap Nik Aziz sebagai ulamak hanya kerana Nik Aziz pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang agama di India, bukan di Arab Saudi/Mesir. Jadi di sini kita sendiri faham bahawa Nik Aziz hanya diiktiraf oleh ahli PAS sahaja, bukan mewakili keseluruhan rakyat Malaysia yang beragama Islam. 

Di Malaysia, PAS hanya memenangi 23 kerusi parlimen sahaja dari pada 222 kerusi parlimen yang ada di Malaysia. Mengikut peratusan, hanya 10.36% (23/222 x 100%) umat Islam di Malaysia sahaja yang mengiktiraf beliau sebagai ulamak yakni 23 kerusi daripada 222 jumlah keseluruhan kerusi parlimen.  Jangankan mendapat sokongan 2/3, malah sokongan 1/3 (33.33%) pun Nik Aziz tidak dapat. Jadi, bagaimana kita rakyat Malaysia nak menerima Nik Aziz sebagai ulamak?? Di akhir zaman ini akan muncul ulamak2 yang munafik dan fasik. Jadi, cubalah anda renung2kan bersama..adakah kita ingin menyokong ulamak yang selalu mengeluarkan fatwa2 sesat ataupun ulamak yang asyik mengubah2 fatwa sendiri mengikut kesesuaian kehendak parti politik yang disokongnya sendiri??

Ingat!! Nik Aziz hanya disokong oleh ahli PAS sahaja di mana PAS hanya mendapat 23 kerusi daripada 222 jumlah kerusi parlimen.

Sabda rasulullah s.a.w; Sesungguhnya ulamak itu adalah pewaris nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil (warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna. (Riwayat Ahmad, Tarmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah). Adakah Nik Aziz mewarisi warisan ilmu dari rasulullah s.a.w??

wajarkah Nik Aziz diiktiraf sebagai ulama pewaris nabi sedangkan beliau tidak mewarisi ilmu yg diperturunkan oleh rasulullah s.a.w??? nabi tidak mencerca sesama Islam, tidak mengkafirkan sesama Islam, tidak menghasut, etc…